syukur tidak terhingga kepada Tuhan Yang Maha Esa
0 Comments Published by asotoko on Saturday, February 18, 2012 at 12:50 AM.Alhamdu lillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia NYA dan izin NYA serta syafaat Nabi Muhammad S.A.W dan dengan berkat Guru, Karamah dan Hikmah ibu bapa kami... perjalanan program pada hari itu berjalan dengan cukup cantik.
Hanya DIA sahaja yg tahu betapa sebaknya hati kami atas limpah kurnia NYA. hasil penat lelah, tekanan dan pelbagai dugaan yg diterima oleh kami sepasukan, alhamdu lillah terbalas pada hari kejadian.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yg membantu kami, daripada semua pihak.. pihak universiti, pihak persatuan, kaum keluarga, sahabat handai, para penaja, pihak media cetak dan elektronik serta orang perseorangan yg membantu kami.. Hanya DIA sahaja yg dapat membalas budi baik dan jasa kalian.
Harapan, agar pasukan yg bernafas baru ini mampu terus mempertahankan dan memperkuatkan barisan utk menongkah arus dugaan di masa-masa akan datang. Semoga lahir di kalangan mereka ini barisan pelapis pejuang agama, bangsa dan negara. amiiinn.
Labels: kehidupan

0 Responses to “syukur tidak terhingga kepada Tuhan Yang Maha Esa”
Post a Comment